Misi Baik Hari Ini : Bekalan Hari Esok

Krisis harganya naik, tetapi kepedulian kita tidak boleh naik harga. Madrasah Tahfiz Al-Quran Uswatun Hasanah (MTAUH), Tempat syurga bagi penghuni golongan emas, ibu tunggal, dan remaja perempuan, memerlukan bantuan anda sekarang!

Bantulah Mereka Dengan Sumbangan Anda!!

Dengan sumbangan anda, kami boleh pastikan setiap penghuni MTAUH terus dapat bekalan makanan yang mencukupi.

Ini bukan hanya tentang memberi makan, tetapi memberi mereka ketenangan dan harapan untuk esok yang lebih baik.

Apa Anda Boleh Lakukan?

Sumbang Sekarang

Setiap ringgit membawa makna besar.

Sebar Kebaikan

Kongsi link ini dengan keluarga, rakan, dan di media sosial. Jangan biarkan harga barang dapur menghalang misi kebaikan kita.

Kenali Kami

Sejarah Penubuhan

Madrasah Tahfiz Al-Quran Uswatun Hasanah (MTAUH) telah ditubuhkan sejak tahun 2011 sehingga kini.

Lokasi
Madrasah

Salah satu daripada tiga cawangan MTAUH terletak di Kemaman, Terengganu.

Pelajar Madrasah

Pelajar disini terdiri daripada warga emas, ibu tunggal dan juga remaja perempuan yang mana mereka sangat diterapkan dengan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah.
Sesi pembelajaran pelajar
Sijil SSM Madrasah
Sesi pembelajaran pelajar

Kebakaran Pernah Berlaku Di Madrasah

Alhamdulillah, atas izin-Nya, para pelajar dan asatizah semuanya selamat walaupun tempat kejadian berdekatan dengan karpet serta cadar yang boleh menyebabkan mudah berlakunya kebakaran.

Kami sebagai asatizah sangat risau jika insiden ini berlaku lagi kerana amat membahayakan keselamatan para pelajar kami seperti yang pernah berlaku di beberapa buah tahfiz sebelum ini.

Oleh itu, kami berhasrat untuk membuat pendawaian baru untuk seluruh bangunan memandangkan bangunan tahfiz ini sudah lama.

Kami menganggarkan kosnya adalah sebanyak 10-30 ribu ringgit dan diperlukan dengan kadar yang segera. Jumlah ini sangat besar bagi kami memandangkan banyak duit telah digunakan untuk membina surau yang baru. Oleh itu kami amat memerlukan sokongan dari anda semua.

Setiap hari kami risau dan takut jika kejadian tersebut berlaku lagi.
JIKA ada rezeki lebih, kami sangat mengalu-alukannya agar kerja-kerja pendawaian ini dapat dilakukan dengan lebih segera.

Sumbangan Sekarang Besar Maknanya

Kami memerlukan anda, kerana setiap sumbangan kecil dari anda adalah sinar harapan bagi mereka. Jangan biarkan harga barang dapur menghalang misi kebaikan kita.

KAMI UCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KEBAIKAN ANDA!
Masa depan mereka di tangan kita. Terima kasih kerana menjadi cahaya dalam kegelapan mereka.